Nak Tipu Tapi Tak Pandai (Gambar)

Riyadh: Seorang lelaki cuba menipu untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan dengan merantai dirinya dan seorang anak lelaki di dalam kereta mereka.

2

LELAKI yang mendakwa dia dan anaknya dirantai sekumpulan pencuri dilihat terbaring sambil diperhatikan orang ramai sebelum polis tiba.


 

Bagaimanapun, dia melakukan kesilapan bodoh kerana menyimpan kunci rantai berkenaan di dalam sakunya.

Polis menemui lelaki berusia 30-an itu dan anaknya dalam keadaan dirantai di dalam keretanya di Ihsa, di wilayah timur Arab Saudi selepas menerima laporan daripada orang ramai.

Lelaki itu memberitahu polis, dia dirompak, dipukul oleh beberapa lelaki tidak dikenali sebelum mereka merantai dia dan anaknya.

"Kami menemui resit menunjukkan dia membeli kunci dan rantai dari sebuah kedai. Selepas disoal siasat, dia mengaku merantai dirinya kerana ingin mendapatkan bantuan kewangan," lapor akhbar Sabq, memetik kenyataan jurucakap polis Kolonel Ziad Al-Rugaiti.

Lelaki itu ditahan dan akan didakwa di mahkamah hari ini. – Agensi

admin 27 Nov, 2014


-
Source: http://www.harianblogger.com/nak-tipu-tapi-tak-pandai-gambar/
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com
Thanks for your comment